Wednesday, 8 January 2014

Sijil,Diploma,PHD??

Assalamualaikum sahabat2 yg Nur sayang :)
Allah,dah berhabuk blog ni,lama sangat biar,Nur sibuk dengan kehidupan realiti :)

Entri kali ini mungkin mana2 individu akan kecil hati,Nur sungguh2 minta maaf,tp ini sekadar luahan :(

Sijil,Diploma,PHD??
Ada apa dengan semua ni?
Mampu bawa ke kubur ke?
Nur rasa terkilan dan marah dengan sikap segelintir manusia yg mengatakan,belajar agama tanpa ambil spm dan diploma,mereka tak boleh hidup,ada individu yg suruh ubah cara pemikiran mak ayah yg hantar anak2 terutama ke madrasah yg hanya belajar agama
Sesetengah maahad,Nur tahu mereka ada selitkan pelajaran akademik
Individu tersebut bagitau kalau hantar anak ke madrasah,lepas habis belajar,menyusahkan pihak2 tertentu utk masuk ke sekolah menengah biasa pula.
Allahu..pedih rasa hati ini
Pernah dengan hafiz/hafizah yg tiada sijil ni makan pasir? Makan rumput?
Sepanjang hidup Nur,tak pernah dengar lagi

Seorang guru hafizahullah yg masyaAllah Tabarakallah hidupnya penuh dgn hal akhirat,seringkali beliau brainwash kami(anak2 muridnya) jangan yaqin dengan sijil,jgn yaqin dgn spm boleh jadikan kamu berjaya didunia,mcm2 beliau didik kami..
Wanita tempat terbaik di rumah,keluar bila ada keperluan
Pada mulanya,Nur hanya mengangguk dan cuba telan utk buat semua tu,remukkan hati kerana Allah
Tapi insan yg lemah ni,hanya meng'iya'kannya di bibir,bukan dihati..
Nur rasa yaqin,nur rasa perlu ambil spm,kalau tak ambil,nanti orang pandang rendah pd aku,orang tak layan aku kalau nak kerja nanti

Tetapi,perancangan Allah lah yg hebat!
Nur diuji dengan 'penyakit',sudah 5tahun sehingga kini
Nur ada UPSR? Ada..
Nur ada PMR? tak ada
SPM ada? Tak ada
Ada ketika,Nur rasa gusar,boleh ke aku hidup selepas ni??
Orang terima aku ke nanti??

Allah Maha Adil,Maha pemberi Rezeki
Sekarang secara jujurnya,Nur tak ada apa2 sijil,tak ada apa2 kelulusan.
Tapi masih hidup,masih boleh makan kenyang2,masih boleh jalan sana sini
Semasa Nur sakit,ada seorang ust pesan,Nur,yaqinlah,kamu sakit ini,ada hikmah besar Allah nak bagi,tengoklah nanti
Ya..ya..Allah sedang tunjuk hikmahnya satu persatu
Nur tak dapat belajar tinggi2,tapi Allah kurniakan Nur rezeki berniaga..
Tak pernah terfikir nak berniaga,tp Allah dorongkan Nur ke jalan ni,jalan sunnah insyaAllah :)

Hati mana tak remuk bila orang keji :(
Hati mana yg tak sakit bila orang sindir :(
Tapi Nur yaqin,Allah takkan sia2 kan hambaNYA..
Dunia ni sementara,kalau kamu rasa hebat sangat dengan dunia ni,
Percayalah! Dunia ni akan hancurr!!!

Kamu yaqin dengan sijil,aqidah kamu dah terpesong :(
Jangan bangga dengan kejayaan dunia

-Insan yg faqir dan dhoif memohon maaf

Wednesday, 11 September 2013

Setiap yg bernyawa,pasti akan mati

Minggu lepas,hari Selasa..Nenek Nur telah kembali ke rahmatullah setelah 3-4bulan bertarung nyawa dengan kesakitan yg beliau hadapi.
Disaat hari-hari terakhir sebelum nenda menghembuskan nafas,Nur sempat bersamanya..
Sungguh sedih Nur melihatnya..
Tanda-tanda kematian,Nur nampak..
Pada pukul 3:39 pagi,Allah telah menjemputnya..
Nur ikut satu-persatu ketika menguruskan jenazah nenda..
Nur sempat berada disisi jenazah setelah dikafankan
Hatiku terdetik"suatu saat nanti aku akn dikafankan sebegini,aku akan diusung ke liang lahad".Allah..

Kemudian,jenazah nenda di bawa ke tanah perkuburan Gurap,Ipoh..
Allah..sayunya hati..
Sama2 kita sedeqahkan Al fatihah ya
Moga nenda tenang disana,insyaAllah
Cukuplah kematian menjadikanku insaf,muhasabah diri..
Ayuh,persiapkan diri&amal!