Thursday 1 November 2012

Kenali HabibuLLAH....sOLLU a'LAN Nabiy....

Jom sahabat-sahabat fillah!!...jom kita kenal siapa Nabi kite,,,siapa kata kita tak ada kekasih??ada,,Rasulullah S.A.W,,<3 <3 <3...

Luangkan masa kita untuk mengenali Nabi Muhammad S.A.W..macam mane kita nak jumpa Nabi,sedangkan belum lengkap kita mengetahui biodata Insan Kamil nie....
Kalaulah kita boleh curi-curi masa selidik siapa artis ini,artis itu,,selidik siapa bakal suami kita,,apatah lagi Nabi Muhammad yang dah berkorban untuk umatNYA,,!..Artis yg kita kenal,pernah ke dia berkorban demi kita??,,dan belum tentu pasangan kita berhempas pula korbankan dirinya untuk kita,,Nabi S.A.W sudah tentu banyak lakukan pengorbanan terhadap Umatnya,,Nabi dihina,dicaci,dibaling batu,,dicampak padanya najis,,,Allah,Allah,,,besarnya jasa beliau pada kita,,,beliau lakukan kerana Rabbul Jalil,dan kenalilah dirinya juga untuk mencari jalan dekatkan diri padaNYA,,LILLAHI TA'ALA..

AYUH!!mulakan dengan BERSELAWAT!!,,ALLAHUMMA SOLLI A'LA MUHAMMADIN WA'ALA MUHAMMADIN WASALLIM...^_^


 BIODATA RASULULLAH S.A.W
  • NAMA :Muhammad Bin 'Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
  • TARIKH LAHIR :Subuh Isnin,12 Rabi'ulawal / 20 April 571M(dikenali sebagai tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Mekah)
  • TEMPAT LAHIR :di rumah Abu Talib,Makkah Al Mukarramah.
  • NAMA BAPA : 'Abdullah Bin 'Abdul Mutalib Bin Hashim
  • NAMA IBU : Aminah Binti Wahab Bin 'Abdul Manaf
  • PENGASUH PERTAMA : Barakah Al Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman,Hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W)
  • IBU SUSU PERTAMA : Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)
  • IBU SUSU KEDUA : Halimah Binti Abu Zuaib As Sa'diah(lebih dikenali Halimah As Sa'diah,,suaminya bernama Abu Kabsyah) 
Sejarah Ringkas Rasulullah S.A.W...buat permulaan,kita kenal sikit2 dulu yew,,dh faham,baru kite boleh belajar sejarah-sejarah yg lebih mendalam...
  • Usia 5 Tahun :::: peristiwa pembelahan dada Rasulullah yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya..
  • Usia 6 Tahun ::::ibunya Aminah ditimpa sakit dan wafat di Al Abwa'(sebuah kampung yg terletak di antara Mekah & Madinah)....Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman & dibiayai oleh datuknya,Abdul Mutalib..
  • Usia 8 Tahun :::: datuknya Abdul Mutalib menyusuli pula,wafat,...Baginda dipelihari pula oleh bapa saudaranya,Abu Talib
  • Usia 9 Tahun ::::bersama bapa saudaranya,Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..,,di kota Busra,,negeri Syam,seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira)telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan pengutusan seorang Nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu..(sesetengah riwayat mengatakan tika usia 12 tahun )
  • Usia 20 Tahun ::::terlibat dalam peperangan Fijar..Ibnu Hisyam dalam kitab 'sirah',,jilid 1,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu Baginda berusia 14-15 tahun..Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperana mengumpulkan anak-anak panah sahaja)...Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul' ;perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
  •  Usia 25 Tahun ::::bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwalid....perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah,orang suruhan Khadijah...Baginda bersama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru Bin Asad(bapa saudara Khadijah)untuk meminang Khadijah yang ketika itu berusia 40 tahun..mas kahwin:500 dirham
  • Usia 35 Tahun ::::banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah....pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah..Rasulullah diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut... 
  • Usia 40 Tahun ::::Menerima wahyu di Gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi & Rasul akhir zaman..
  • Usia 53 Tahun ::::berhijrah ke Madinah Al Munawwarah,ditemani Abu Bakar As-Siddiq....sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabi'ulawal/24 September 622M..
  • Usia 63 Tahun ::::kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah pada Hari Isnin,12 Rabi'ulawal tahun 11H/8 Jun 632M               
                                                                               
  • Isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W             
  1. Khadijah Binti Khuwalid
  2. Saudah Binti Zam'ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar(anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah Binti Umar(anak Saidina Umar Al Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah(digelar Ummu Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah(digelar Ummu Al-Masakin,Ibu Orang Miskin)
  • Anak-anak Rasulullah S.A.W                                                                          
  1. Qasim 
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra..     
~Moga Allah redha,,Moga dengan asbab kite belajar sirah Nabi,InsyaAllah kite akan mendapat syafaat Nabi di akhirat cne...jgn brhenti takat ni je kwn2,,truskan mendalami sirah-sirah kekasih kita,amalkan sunnah-sunnahnya...
~Jika ada salah silap mengenai biodata insan kamil nie,,dipersilakan tegur ye..^_^....
~ana juga masih belajar,copy dari sahabat ana...sme2 kite belajar&memahami ye....                                                                                      

Wednesday 24 October 2012

c!NTa ALLaH&RasUL vS cinTA MAnus!a...^_^

Renungi perkataan 'CINTA' yang sebenar,,luangkan masa untuk mengenali cinta...
Boleh antum bezakan antara cinta 'HAKIKI' dengan cinta 'SEMENTARA'
FITRAH CINTA DATANG DARI SIAPA???SEMESTINYA PENCIPTA KITA,ALLAH YA KHALIQ......
Bermakna kita harus fahami&hargai cinta Allah dahulu...^_"...
 
Apa tanda2 kita sedang mengejar cinta Allah?? 
 Antaranya,kita perlulah kerap menghadirkan diri pd Allah...Selain menunaikan kewajipan sebagai HAMBA,hendaklah kita ringan-ringankan diri bertahajud&bermunajat pd Allah....Kukuhkan cinta kita pd RABB sebelum memberikan sedikit cinta kita pd Manusia...Cinta pd Allah pasti DIA akan membalas dengan kejayaan,ketenangan,kebahagiaan,,malahan akan mendapat ganjaran dariNYA...tetapi...CINTA MANUSIA???tidak akan mendapat kebahagiaan,ganjaran pahala dariNYA melainkan bersandarkan cinta itu kepada Allah..
Berilah perasaan cinta pd sesiapapun,tapi..PASTIKAN cinta itu semata-mata ingin mendapat keredhaan Allah..Redha Allah adalah segala-galanya,sia-sia hidup tanpa redhaNYA,,
PUCUK PANGKAL,CINTA ALLAH,...<3 <3 <3

CINTA RASUL...
Ramai yg berkata-kata..:"ana cintakan Rasulullah,ana rindu pd insan mulia ini,,ana teringin nak jumpa"...tapi adakah kita buktikan cinta kita pada Nabi S.A.W???...ada kita amalkan sunnahnya??...Nak dapat syafaat dari Nabi S.A.W,hendaklah kita lakukan sunnah-sunnahnya,buat selagi mampu,dalam sunnah ada kejayaan,,buktikan cinta kita pd Rasulullah...lazimkan diri berselawat,,Sollu A'lan Nabiy,,,besar gnjarannya,,rajin2kan diri mendalami sirah Nabi S.A.W...kite perlu kenal siapa Nabi kite,isteri2 Nabi,Para sahabat,,moga kita mendapat iktibar darinya,insyaALLAH..


CINTA ITU FITRAH...
Bagaimana kita nak hargai fitrah ini??
Pasti kita sebagai Muslim tidak dapat lari dari fitrah yang Allah anugerahkan ini..Lalu niatkan lah fitrah itu untuk terus menghampirkan diri padaNYA,bukan makin jauh dari landasanNYA..Antum cinta lah sesiapapun,tapi PASTIKAN cinta itu memudahkan kita utk menemui jalan cinta Allah....
Remaja kini pasti tidak terpisah dengan perasaan cinta antara muslimin&muslimat kan?? 
Kali ini ana ingin ketengahkan isu yang sedang heboh bak 'pisang goreng panas'di masa kini..
Boleh je kalau antum nk bercinta...niatlah kerana Allah..tetapi kalau tiada niat nak bina Baitul Muslim,,lupakan saje niat nak bercinta,,sudah pasti cinta itu kerana hawa nafsu yg rakus....


CINTA PERLUKAN PENGORBANAN..
Cinta memamg perlukan pengorbanan,,bukan sekadar merasai nikmatnya..
Nak bercinta??sebelum itu,seharusnya antum kekang hawa nafsumu sebelum digelar pasangan Halal..
Tidak perlu bercintan-cintun bertahun2 lamanya,,,kerana apa??antum tidak akan mengenali pakwe/awex mu,,kerana dirimu tidak akan kenal sifat dia yg benar,,hanya kenal tipu helahnya sahaja,,,
Tidak perlu bercinta sebelum berkahwin,,cukup berta'aruf sekadarnya sahaja,,teruskanlah pd cara2 yang mengikut syariat islam,,iaitu,MERISIK..selepas itu,tidak perlu panjang2kan tali pertunangan,,,percepatkan ikatan yg halal.."NIKAH"....^_~
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:Rahsiakan pertunangan,iklankan(maklumkan)perkahwinan
(Hadith Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair R.A ,disahihkan oleh Al-Albani di dalam Irwa' Al Ghalil..)

TANDA MENCINTAI SESEORANG KERANA ALLAH...
~Mendoakan kebahagiannya dunia wa akhirah..
Perlu ingat,mencintai seseorang bukan bererti kita pasti memilikinya...
Sesungguhnya lahir perasaan cinta bukan bererti kita pasti memilikinya,,kerana perasaan itu wujud atas kurniaan Ilahi..mungkin perasaan itu hadir sebagai UJIAN dari Allah..
Jika ditakdirkan 'si dia' jodoh kita,maka syukurlah...jika sebaliknya berlaku atas kehendakNYA,,redhailah dan terus mendoakan kebahagiannya...
Mungkin Allah nak beri kita pasangan yg lebih terbaik,dan barangkali kita bukan jodoh yg terbaik utk 'si dia'...
Inilah tanda-tanda cinta yg sebenar kerana Allah,,jika sebaliknya berlaku,,renung2kan semula,mungkin kerana hawa nafsu semata-mata..Na'uzubillahi min zalik..

TIKA CINTA HADIR DALAM DIRIMU,,,
KETIKA CINTA MENYAPA,usah silau dengan keindahannya,,tapi LIHATLAH!!.Apakah cinta itu mendekatkan diri kita pada Pencipta cinta,Allah..??Cintailah kerana agama yg ada padanya,insyaALLAH akn bertemu dengan kebahagiaan,ketenangan dari Allah..
Cintailah kerana kekurangannya,kerana kelak pasti kamu akan temui kebahagiaan dengan kelebihannya,,janganlah pula kamu mencintainya kerana kelebihannya,pasti akan merasa kecewa jika temui kekurangannya,,

KHAS UNTUK KAUM ADAM.....
Wahai Para Muslimin,,jika antum kasih&cintakan si fulanah itu kerana Allah,,Bawalah dia ke jalan Allah,,nasihatilah dia,perbetulkan kesilapannya....janganlah sesekali bawa dia ke lembah maksiat!!cintailah dia dengan ikatan yang HALAL,,'NIKAH'....Jadilah imam terbaik untuknya,moga Dia menunggumu sebagai bidadari di Syurga,insyaALLAH,AMIN...




 RENUNGAN UTK PARA MUSLIMAH YG KU SAYANGI.....
Janganlah kamu risau menunggu siapa gerangan jodohmu,,kerana muslimin yg bijaksana tidak akn terpaut pd wanita yg hanya utamakan kecantikan,,lirikan senyuman,bicara manja yg mampu meruntuhkan iman kaum lelaki...Telah tercatat seungkap nama di 'Luh Mahfuz' untukmu,,perbaiki amalmu,akhlakmu,peribadimu,agamamu,,..



NUKILAN USTAZ AZHAR..








NUKILAN USTAZAH NOOR BAHYAH...^_^


 Cinta itu indah andai bertemankan IMAN...,,
Cinta itu musnah andai bertemankan NAFSU...
Cinta itu indah andai syariat DIPATUHI..,,
Cinta itu musnah andai batasan DILANGGARI..
Cinta itu indah andai ibubapa MERESTUI,,
Cinta itu musnah andai restu DIPINGGIRI...
Cinta itu indah andai dipelihara hingga ke SYURGA,,
Cinta itu musnah andai tersungkur ke dalam NERAKA... 


Akhir Kalam,....,,
~Jadikan cinta Allah yg pertama&terakhir,,jika cintaNYA terpahat di lubuk hati,,pasti Allah hadirkan untuk kita,insan yg mencintai kita kerana Allah.. 
~Jangan bercinta yg hanya bertemankan nafsu,,kebahagiaan akan hadir seperti angin lalu sahaja,,manakala kekecewaan dan kehinaan akan terpahat di sanubari,,..
~Andai bercinta kerana Allah,syariat dipatuhi..semestinya bermula dengan kepahitan(bermujahadah),,tidak lama kemudian pasti antum akan temui keindahannya..
~Cinta Allah manis&indah,,^_~
~ Cinta manusia kerana Rabb,,akan temui kemanisan&keindahan andai bertemankan rasa IMAN&TAQWA pd Allah..
~Wahai sahabat,,Jom KEjar CInta Allah...!!
~Entry ketiga ana,mengharap mardhatillah...
 






Sunday 21 October 2012

Hayati dengan teNAng&IKhlas...ALLAHURRABBI...



Pernah kita hayati kasih sayang Allah pd kite?^_^
Pernah kita balas??
Kekadang hati tidak tenang,hidup bermasalah,,janganlah terlalu kerap mencari manusia,mereka jua hambaNYA,,mohonlah bantuan dari Allah..Allah yg datangkan ujian pd kita,kepada DIA jualah kita kembali mencari penyelesaiannya..
Untungnya kita,,kerana Allah selalu ingat kite,,bila kita lupa Allah,Allah ingatkan kita kembali pd DIA,,melalui apa???Allah hadirkan ujian tanda kasihNYA,,,
Sedetik kita lupa pd Allah,tetapi..Allah tidak pernah sesaat lupakan mana-mana hambaNYA..
Allah tegur kita melalui ujian,,supaya kita kembali bersujud padaNYA,dan juga mengembalikan tanda kehambaan kita pd Allah...Ujian juga dapat meningkatkan keIMANan&keTAQWAan...

Tapi adakah kita buktikan cinta kita pada ALLAH???
Renungi kembali nikmat dariNYA..^_^
Ni'mat yang paling besar perlu kita ingat kembali adalah,,,,NIKMAT ISLAM!!
Alhamdulillah..Allah tetapkan kita sebagai MUSLIM sejak azali....
Salah satu nikmat yang paling terbesar,,Allah pinjamkan nyawa pd kita,,mampu bernafas tika ini,,
NI'MAT MANA YANG PERLU PERTIKAIKANNYA LAGI???BERSYUKURKAH KITA?!!
Mana tanda syukur kita jika kita masih berkecimpung dalam lembah maksiat,ingkar padaNYA?...
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM. 

Adakah kita membalasi nikmatNYA yang tidak terhingga itu???
Jika sahabat beri kat kite hadiah,,mesti kita akan balas kan tanda menghargai si dia??kan??
tetapi..pemberian Allah??ada kita balas??mengapa susah sangat nak balas dengan cara ikut perintahNYA...??!

JoM cheCK pula kehiduPAN kite....^_"

Fikir-fikirkan kembali sahabat-sahabat fillahku!!
Kita menikmati hidangan seperti makanan,minuman,pakaian dan sebagainya,,siapa yang memberikannya??memang pada zahir,ibubapa/suami yg memberi kita segalanya,diberi wang oleh mereka..tapi harus diingat!!...wang itu adalah REZEQI dari Allah..jika kehendakNYA ingin menarik nikmat-nikmat itu semula?pasti ditimpa kesusahan kan??apa akan jadi dengan hidup kita?mesti rasa susah kalau dalam dompet tiada wang kan??kekadang seolah-olah kita bertuhankan wang....Na'uzubillah,,hidup kita sekarang bertuhankan wang,syirik...seolah-olah tiada wang,hidup kita hancur,,,Allah,Allah,,rezeqi datang dari Allah,bukan dari wang ringgit...

Renung kembali akhi wa ukhti sekalian...
Solat??????ramai yang ringan-ringankan solat,,bukan meringankan diri untuk solat..sedangkan tak sampai bawah 10 minit pun nak tunaikan kewajipan utama ini...tetapi kalau>>>>
  • on9 fb,,bertweet2,
  • main futsal,,
  • tonton tv
  • hang out sana sini,,
berjam-jam tanpa kita sedar menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti itu,,,,aktiviti itu tiada salahnya kalau kita pandai membahagikan masa antara yang perlu atau tidak...dalam senyap,syaitan telah berjaya menggoda kita,,,ana sebagai insan yg dhaif,merayu dan menyeru pd diri ana dan antum sekalian,,SOLATLAH WALAUPUN TERPAKSA,,belajarlah ikhlaskan diri,,JANGAN sampai nanti kita terpaksa masuk NERAKA!!..Nau'zubillah...!!

Jom fikir sejenak!!...^_~

Setiap amalan kita dihisab,,Allah banyak memberi amaran tika didunia ini,,berapa ramai yang mengambil iktibar??BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT...
Setiap amalan yg Allah perintahkan,lakukanlah sedaya upaya..Janganlah pula memberi sesuatu alasan...sedangkan kalau majikan,guru memberi arahan,,pasti kita patuh kan??inikan pula perintah YANG AGUNG,dari ALLAH..TAKUTlah kita pada Allah,,hargai dan balaslah nikmat yg telah DIA berikan padaNYA,,

jOM reCHARge semula IMan kite,,,usaha sehabis mungkin penuhkan baTTERy !man KITE..
"MAN JADDA WA JADDA,WA MAN ZARO'A HASODA...

Wallahu'alam bisawwab,,,
*tazkirah pendek,peringatan utk diri ana,serta renungan akhi wa ukhti..
~yg baik datang dari ALLAH,yg buruk datang dari insan yg faqir,dhaif ini.... 
*entry kedua ana,,moga Allah redha...  


 
 








SaKit TApI REdha...^_^


SAKIT TAPI REDHA???
BAGAIMANA??
JOM MUHASABAH DIRI YA SOHIBI,,..



Sebenarnya "SAKIT" merupakan suatu rahmat dari ALLAH pd hambaNYA yg terpilih..
ALLAH menyayangi kita dengan menurunkan ujian PENYAKIT,,..
Kerana apa ana cakap sebegini?? 
Allah ingin menghapuskan segala dosa silam kita sedikit demi sedikit melalui ujian,,supaya nanti di akhirat,kita tidak diberati dengan dosa,,..Terbukti kan kasih sayang ALLAH??..

"Seseorang yang sedang mengalami kesakitan&keperitan dan fahami erti kasih sayang ALLAH dengan cara diturunkan ujian,Dia akan terima dengan hati yg terbuka dan fikiran yang positif,,dia mampu tersenyum,,dia mampu mengorak langkah,,"..Renung diri kita,,,,
    

                                                       
Ketahuilah semuanya datang dari ALLAH,mampukah kita melawan taqdir ALLAH??


Kita lihat sekeliling kita,,berapa ramai bila ALLAH turunkan ujian,dia mampu berubah ke arah kebaikan??..dia mampu solat 5 waktu,menutup aurat,bangun bermunajat di malam hari,dsbg,,,kita boleh lihat perubahan demi perubahan,,,ALLAH,,ALLAH,,sayangnya ALLAH pd kita,,disamping ujian,ALLAH beri kita taufiq&hidayah utk mendapat ganjaran buat amal....ALHAMDULILLAH...
 
Pernah atau tidak kita cakap cmni,,tanya balik pd diri...("Aku ni hari2 sehat,,die tu asyik sakit jew,,dy banyak dosa kot,tu sebab ALLAH turunkan die bala.")..cepat2!!..ucaplah"astaghfirullah"
Renungi semula rakan2 fillah ku....
Zaman Para Nabi dahulu,para sahabat,salafussoleh,tabi',tabi'in,insan2 mulia nie serba tidak kena jika 3 hari tidak sakit,kerana kesakitan tu akn menghapuskan dosa walaupun hanya tertusuk duri...manakala org firaun tidak pernah sakit ketika dia hidup...ANDA nampak perbezaannya??
 
Perlu ingat!!!..Kadang2 ALLAH uji kita dengan kesakitan sebab ALLAH RINDU NAK DENGAR SUARA HAMBANYA,,BERMINTA2,MENANGIS2.. 
 
SEBUAH KISAH... 
Ana ingin berkongsi cerita..ada seorang hamba ALLAH nie sedang diujiNYA,dia banyak merintih&berdoa pd ALLAH saban hari..sehinggakan Malaikat mengadu pd ALLAH kerana tidak sanggup lagi mendengar rintihan insan itu,,ALLAH berkata:biarkan,AKU rindu nak dengar suaranya...wallahu'alam..
 
Apabila kita sakit,pasti kita menyebut nama ALLAH,,betul kan??automatik nama ALLAH akan disebut,,dengan cara ini juga,kita sentiasa mengingati ALLAH,pasti kita kembali pd ALLAH kan??ALHAMDULILLAH,hidup kembali bersandarkan pd YANG ESA...

~Kekadang ALLAH hadirkan ujian bertalu-talu..mengapa??

kadang2 ALLAH timpakan sebuah ujian,,diri kita masih tetap berada di lembah maksiat..
dengan itu,mungkin ALLAH hantar ujian yg bertalu-talu,supaya kita sedar dan sujud mengingati ALLAH... 

Janganlah kita mengeluh:Ya ALLAH,kenapa engkau beri ujian sebegini yg begitu berat,ENGKAU x sygkan aku ke...
Cukup2 sahabat2 fillah berkata sebegini,,sedangkan kita semua tahu kan??ALLAH uji kita berdasarkan kemampuan kita...

Mengapa kita rasa lemah bila ditimpa sakit???kerana 'KUALITI IMAN' kita rendah......

"Jangan minta hilangkan ujian,tetapi mintalah diberati iman utk hadapinya"...
"Bila ujian akan lenyap dari hidup kita,itu urusan ALLAH,,serah padaNYA.."

JOM!!..Ana ingin kongsikan sedikit tanda2 kita REDHA bila disapa dengan ujian...

  • tidak sesekali 'MENGELUH'..
  • mampu beri senyuman walaupun sedang menahan azab sakit,masih mampu bertahajud,berzikir pd ALLAH....
  • tidak tunjuk pd orang lain yg dia sedang menanggung kesakitan,sanggup melindunginya,,biar ALLAH dan dirinya sendiri sahaja mengetahuinya                                                               
 Redha juga penawar sakit...
contoh:Ya Allah,ringankanlah sakitku sehingga mampu aku menanggungnya...
p/s:lebih baik berdiam diri dari berkata-kata diri ini sedang sakit,,lebih baik mengadu pd Allah berbanding mengadu pd manusia yg xde kuasa menyembuhkannya...  

Diceritakan oleh Ustaz Fauzi Nawawi di slot Al Kuliyyah>>
 "Ustaz Fauzi melawat seorang ulama' Malaysia yg sedang terlantar di hospital..dalam rancak bersembang,,ulama itu berdiam diri seketika,,diberitahu zaujahnya,,ulama itu akan berdiam ketika penyakit menyerangnya,,beliau tidak mengadu pd sesiapa,barangkali berzikir&mengadu pd ALLAH.."

  *sikap seorang ulama nie patut kita ambil sebagai tauladan...

Fikir sejenak sahabat2 fillah ku..!!
Ya,kita akui sebagai insan yg dhaif pasti kita akan mengeluh walau sedikit apabila disapa ujian..tetapi...renungilah semula...berapa lama dah Allah beri ni'mat kesihatan??baru berapa hari ketika ditimpa kesakitan? dah lama kan kita sehat,baru sekejap je kan kita sakit?sabarlah wahai duhai hati...sebenarnya Allah hantar ujian pd kite sebagai peringatan supaya kembali&bersujud pdNYA..

 Doa yg boleh diamalkan;
Ya ALLAH,jika penyakit ini menggugurkan dosaku,aku redha,aku syukur ya Allah,,sebagai insan yg dhaif,aku lemah Ya Allah,,berilah aku kekuatan,ketabahan untuk menempuhinya..  

Kata-kata akhir dari insan dhaif nie,,
~sama2 kita muhasabah diri ye..^_^
~semuanya taqdir ALLAH,kita tidak mampu melawan taqdir melainkan mengharunginya dengan penuh sabar..
~iNGat!!sakit tanda kasih sayang ALLAH..Allah memerhatikan kita,,adakah dengan ujian ini mendekatkan diri kita pdNYA atau sebaliknya??renung2kan...
~entry pertama ana di alam blog nie,,moga Allah redha...
    Wallahua'lam...segala yg baik datang dari ALLAH,yg tidak sempurna hadir dari insan yg faqir ini...ila mardhatillah...^^