Monday 18 February 2013

Kematian

Assalamualaikum sahabat fillah sekalian..
Moga Allah merahmatimu&ku.. :)


Kematian,satu tajuk yg agak menggerunkan bagi orang yang tidak bersedia menghadapinya,,dan suatu khabar gembira bagi orang yg beriman,perjalanan menuju khaliqNYA.. 
Kita digolongan mana?Sama2 muhasabah

Rasa terpanggil utk menceritakan perihal kematian setelah baca sebuah blog yg,Subhanallah..sangat tersentuh sehingga boleh menitiskan air mata..
Benarlah sabda Nabi Muhammad.."Orang yang bijak adalah yang mengingati mati"

Apabila mati seseorang,tidak kira samada saudara,adik beradik,jiran dan sebagainya..Kita seharusnya mengambil ibrah dari kematian tersebut.
Sekarang kita menangis kerana pemergiannya,mungkin suatu hari nanti orang akan menangis atas pemergian kita.

Sedarlah wahai teman,aku&kamu bakal dijemput oleh Allah..
Kamu&aku tidak tahu,bila dan dimana kita akan menghembuskan nafas terakhir.

Nur seru diri Nur terlebih dahulu..
Ayuh tingkatkan iman&amal bersama..

Bayangkan,,
Sesudah masuknya kita ke lubang kubur,bermulalah malaikat akan menyoal kita..
Adakah kita terselamat dari azab kubur?atau disiksa,dirotan oleh malaikat..?
Kubur kita nanti bercahaya atau tidak?
Alangkah risaunya di kubur nanti kita diseksa oleh malaikat,dipatuk ular dan sebagainya.
Siapa yg dapat bantu kita di kubur?amal yang menemanimu..

Bayangkan,
disaat nyawa kita ditarik dari jasad,,
ditarik dengan kasar ataupun lemah lembut?Allah.
Nabi Muhammad,insan maksum,ditarik nyawanya dengan lemah lembut sekali,tetap merasakan kesakitannya.,ibarat ditusuk dengan pedang bertubi-tubi.
Bagaimana dengan kita?

Nur ucapkan takziah pada sesiapa yg kehilangan insan tersayang
Sejak remaja ni,Nur tak pernah merasa kehilangan insan tersayang lagi.
dan Nur pasti akan merasai suatu hari nanti..
ataupun Nur yang akan pergi dulu?
Moga Allah matikan kita dalam keadaan husnul khotimah,Amin

Nur nak kongsi dua pengalaman:
Ketika Nur berumur 7 tahun,Nur kehilangan nenek,ibu kepada ayah..Biasalah kan,kecil lagi,rasa sedih itu kurang,seolah2 macam tiada apa2.
Alhamdulillah masa tu,Nur dapat hadiahkan Surah Yassin pada arwah nenek,,
Kenangan yg Nur tidak dapat lupakan,Nur membacakan Yassin sehingga satu rumah boleh dengar,kuat sangat sehingga ada orang tegur,,sepatutnya baca perlahan2 je kan,huu..alahai masih kecil lagi,tidak tahu apa2..,
Ayah Nur kehilangan ibu tersayang akibat penyakit buah pinggang..
Mohon doa&sedekahkan Fatihah pd nenek Nur ye. :) 

Pengalaman kedua:
Mungkin Allah nak beri peringatan kepada Nur yg sentiasa lagho dengan dunia.
Nur dah mimpi mati 2 3 kali..Mimpi yg sungguh tragis,membuatkan Nur rasa Nur dah memang betul2 mati..Nur bersangka baik dengan mimpi nie,mungkin Allah nak Nur terus tambah amal,jangan lagho dengan dunia.
Mimpi yang Nur tak boleh nak lupa sehingga kini. 
Rumah kita suatu hari nanti.. :)
https://www.youtube.com/watch?v=7ugimk62vc0
Sahabat Nur,jom dengar lagu,klik link tersebut,, :)
Sekian sahaja coretan Nur..Wassalam

Wednesday 6 February 2013

Palestin


Assalamualaikum pembaca blog yang ana sayangi..
Moga Allah sentiasa merahmati kita...
Jom ehh kite selawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w.
"Allahumma Solli A'la Muhammadin wa'ala ali muhammadin wasallim."
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur ana..
Dikesempatan ini,ana nak kongsikan sedikit info tentang Palestin..
Kawan2,kite sangat2 perlu mengambil berat tentang saudara kita disana dan tempat2 lain yang sedang ditindas..
Allahu Allah,kita disini hidup senang-lenang,boleh pergi lepak2 dengan kawan2,bercuti sana sini..
tapi mereka??
Mereka sedang bersiap-siaga menghadapi segala rintangan..
Mereka berjuang habis-habisan untuk agama Allah.
Cakna sahabat2 sekalian..
Kalaulah kita tidak mampu bersama mereka untuk berjihad,,kita ada inisiatif lain untuk membantu mereka..
Daripada beli barang yang tidak berfaedah,,tiada salahnya kan kita sedeqah separuh dari wang kita...
Yaqinlah,takkan rugi kalau kita bersedeqah.Dengan niat yang ikhlas,Allah akan tambahkan rezeki kita,insyaALLAH...
Kalau rasa berat sangat nak sedeqah pd mereka,luangkan sedikit masa untuk berdoa keselamatan&kesejahteraan mereka..
Sekurang-kurangnya,kita ada hasrat membantu mereka melalui doa..
Ana risau bila kita tidak cakna dengan hal2 saudara kita di sana dan tempat2 yang lain,,kat akhirat nanti mungkin akan dipersoalkan kenapa tidak membantu saudara sendiri?betul tak??
Satu cara yang ana rasa paling mudah,dan rasanya tiada alasan untuk tidak membantu mereka..melalui apa?
Haa..sedeqah melalui telefon bimbit..bagaimana caranya?mari sini ana terangkan..
 Palestin<jarak>1,3,5,10 ke 39111
(Nilai RM1,3,5,10)
tak caye??haa,,buka link ni ehh utk kesahihan..

http://www.amanpalestin.net/ 
Kalaulah kita boleh topup hari2 untuk kekasih kita,takkan bagi RM1 pun tak boleh??
Cubalah membantu mereka.Usaha kita ni Allah tengok taw.
Selain daripada sedeqah melalui telefon,kita boleh juga salurkan sumbangan melalui akaun2 bank..Ana lampirkan satu link ni ye.
http://www.aqsasyarif.org.my/v3/ 

Ana nak kongsi sebuah doa,boleh kita amalkan sama2 ye.
 

Akhir kalam,ana berharap kita sama2 membantu saudara kita disana ye..Doa yang penting,doa senjata mukmin kan..oke,,tamat dah bebelan ana pd malam ni..hehe
Salam sayang dari ana..



 

Saturday 2 February 2013

Maqam Tokku Paloh

Assalamualaikum pembaca blog ana sekalian..
Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah...
Ana ingin berkongsi secebis pengalaman..
Alhamdulillah Allah izinkan ana dan keluarga sampai ke Terengganu buat kali ke-3 pada bulan 12 tahun lepas.. melepaskan penat lelah di Terengganu bersama keluarga tersayang....
Disini ana ingin 'highlight' kan tentang aktiviti ana menziarahi Maqam Tokku Paloh..

Gambar Maqam Tokku Paloh



 
Alhamdulillah..Allah izinkan ana berada di bumi terengganu ni selama 3 hari..                     Hari ke-3,mula 'pack2' barang utk pulang..Kemudian,kami terus mencari kedai utk sarapan,,macam biase,,makanan popular di Terengganu,,Nasi dagang,,cedap2..hehe...
Kami meneruskan perjalanan ke Kg.Losong,,mcm biase la,kalau p Ganu,,tak sah kalau tak pi beli keropok lekor..hehe,,Masa mencemburui kami,,mencari dan terus mencari Maqam Tokku Paloh...mengambil masa 30 minit mencari kawasan kubur ini,,tapi masih belum ditemui..ana sudah rasa mengalah sebab nak 'rush' pulang ke Ipoh.Ayah terus mencari tanpa hala tuju,petunjuk juga kurang..
Tup2,,akhirnya......Alhamdulillah Allah sampaikan ana juga pada kawasan perkuburan ini..
Tiada siapa2 di kawasan itu,hanya kami sekeluarga..Kebanyakan kubur2 di sini orang2 yg sudah lama pergi berjumpa Allah..
Maqam Tokku bersama keluarganya berada di atas bukit dan diasingkan.. 

Kubur Ahli Keluarga Tokku Paloh..
Alhamdulillah,kami diberi kesempatan ke sini,,rugi rasanya kalau hanya pergi bercuti tanpa melawat maqam auliya'..Sempat kami menyedekahkan Al Fatihah dan bertawassul..Hubungan wali dengan Allah sangat rapat,insyaALLAH..sama2 sedeqahkan Al Fatihah ye..

Ana mengetahui segelintir sahaja tentang identiti waliyullah ini..tapi masih belum tahu kesahihan ni,,Wallahua'alam..ana lampirkan beberapa link tentang Wali Allah ini.. 
http://teratak-benyusof.blogspot.com/p/tokku-paloh.html
http://scaniaz.blogspot.com/2012/01/syed-abdul-rahman-tokku-paloh.html  

Sampai disini coretan ana..moga bermanfaat utk semua,insyaALLAH..
Salam sayang dari ana..