Saturday 22 June 2013

Cerita kahwin lagi..

Assalamualaikum sahabat Nur..
Nur nak cerita pasal kahwin lagi..jangan tension bace..hee..

Alhamdulillah,Segala Puji bagi Allah..Nur dapat berita baik dari sahabat Nur..Si dia sudah merancang mahu bernikah..subhanallah..membuatkan Nur rasa cemburu lagi..disamping Nur rasa gembira kerana sahabat2 Nur semua pilih jalan halal..Alhamdulillah..

Nur kalau dapat berita mengenai pernikahan,Nur bermonolog sendirian..Nur pikir bile Nur nak bina baitul muslim..kenapa kawan2 Nur nikah dulu?Nur bersangka baik dengan takdir Allah..mungkin Allah mahu Nur buat persediaan terlebih dahulu..mungkin belum tiba masanya..Allah mengetahui kemampuan setiap hambaNya.

Beberapa minit lepas,Nur rase seronok sangat dengar sahabat dah nak nikah..seronok tahap maximum kot..huu..
Seketika Nur termenung..semua orang mahu bernikah..tapi tak semua orang Allah izinkan utk bernikah..kemungkinan ajal menjemputnya dahulu..
Semua orang akan mati,tapi tak semua orang bersedia..
Mati itu benar,tapi manusia utamakan persediaan nikah berbanding persiapan menemui ajal..Semua ini membuatkan Nur rasa pilu bertambah sedih..Nur sepatutnya utamakan persiapan mati..Nur sendiri tidak tahu samada Nur sempat bernikah,tapi Nur tahu diri ini akan mati tidak lama lagi..
Sama2 muhasabah yer..
Sekian..~

Friday 14 June 2013

Seronok ke sakit??

Assalamualaikum sahabat fillah..
Nur nak kongsi sebuah pengalaman..
Moga sahabat sekalian boleh ambil iktibar..
Pelik je kan tajuk entry kali ni?huhu..

Nur nak cerita..yg sakit ni sebenarnya indah kalau kamu hadapinya dengan kekuatan iman..
Apa yg seronoknya lagi?Allah kafarahkan dosa kita..seronok kan?malah Allah tambah pahala kita..Maha Suci Allah..Allah Maha Pemurah..
Allah uji utk meningkatkan iman dan darjat kita disisiNya..
Allahuakbar..penyayangkan Allah?
Zahirnya kamu sakit,terlantar di hospital,tak hidup mcm org lain..tapi pada pandangan Allah?Allah hadiahkan macam2..
Nur nak kongsi pengalaman..moga boleh ambil iktibar ye..
Nur juga diuji oleh Allah dengan kesakitan..5tahun Nur hadapi sakit yg Nur sendiri tidak tahu bila akan sembuh..
Allah Maha Penyembuh,tidak perlu asbab pun..
Tapi kita sebagai manusia perlu ikhtiar,doa..
Apa2 masalah yg kita hadapi,bangkitlah..tunaikan solat hajat,mohon Allah mudahkan semuanya..
Nur juga insan yg dhoif lagi faqir,kadang2 Nur juga terasa lemah bila sakit itu datang menyerang,rasa mahu mengalah,rasa tidak mahu berusaha lagi..
Tapi Allah hadirkan keluarga,teman2 beri semangat pd Nur..
Iman Nur turun dan naik,adakala Nur rasa kuat utk hadapi,kekadang Nur rasa sudah tidak mampu..
Sifat putus asa menghampiri diri Nur,astaghfirullah..Nur cuba utk kuatkan diri..Allah tidak suka orang yg berputus asa..Sesungguhnya rahmat Allah itu luas..
Sehingga saat ini,Nur melalui kesakitan yg amat perit..
Orang lain tidak lalui apa yg Nur rasa,tapi mereka mampu beri semangat pd Nur. Alhamdulillah..
Doakan Nur cepat sembuh ye..
Moga urusan Nur dipermudahkan oleh Allah.

Wednesday 12 June 2013

Hp hilang???iman hilang??!!

Assalamualaikum sahabat2 Nur sekalian..
Moga awak semua diberkati Allah..
Nur rasa terlebih mood pula minggu ni,sampai buat 4 5 entry..hee.
Semua atas izin Allah..
ALLAH Maha Kuasa,Nur dan sahabat semua tidak punya kuasa apa2..

Pagi ni Nur nak kongsi sesuatu..mudah2an sama2 kita ambil iktibar..
Nur sampai dirumah semalam,lebih kurg pukul 10 keatas..dan waktu tu Nur tak teringat yg hp Nur ade dalam kereta..
Sehinggalah jam 2 3pagi,Nur baru teringat yg,Allah..hp dalam kereta..
Nur rasa nak keluar rumah jugak ambil hp tu,rasa nak sangat2,hee..
Nur dah gelabah takut hp hilang,padahal pagar dah berkunci..huu..
Nur rasa nak guna hp tu,nak on9,tapi apakan daya,hp ade dalam kereta.huu..
Sedang leka memikirkan,samada mahu keluar rumah ke tak,yela kan,masa tu dah lewat sangat,risau jugak nak keluar..huu
Dalam masa yg sama,tetiba Nur terdetik di hati,bagaimana kalau IMAN yg hilang?
Hp harta dunia,dan IMAN ni suatu perkara yg berharga dunia&akhirat..
Alhamdulillah Allah beri peringatan 'on the spot'..
Ye..benar teman2..
IMAN terlalu berharga dalam diri seseorang.
Mana mungkin ayah yang warak,zuhud,iman yg mantap boleh mengalirkan sifat mahmudahnya pd anaknya..melainkan atas didikan seorang bapa..
Dan seorang anak tidak boleh beli IMAN dari bapanya yg alim..
IMAN itu sangat diperlukan,tidak boleh diwarisi,tidak boleh dijual beli..
Iman tidak dijual di pasar malam,shopping complex dan sebagainya..
Kita sebagai hamba perlu berusaha mantapkan iman..
Iman yg mantap,boleh membentengi diri daripada melakukan maksiat..
Iman yg hebat,boleh menundukkan nafsu insyaAllah..
Nafsu tak boleh dibuang,tapi boleh tundukkan ia dengan kekuatan iman..
Ayuh usaha lagi dan lagi..
Ayuh..Nur seru diri sendiri dan juga teman..
Jom jadi orang yg hebat imannya,mantap amalnya...insyaAllah..
Mudah2an Allah terima amalan kita dari dulu sehingga kini dan akan datang..Allahumma ameen..

Sekian coretan Nur di pagi hari..
Salam dhuha..;-)

Tuesday 11 June 2013

Kahwin lagi.. ^_^

Assalamualaikum..
Berblog lagi di malam hari.. :)
Rasa macam semangat sangat harini,sampai buat 3 entry dalam satu hari..huu


Baru je petang tadi Nur buat entry pasal perkahwinan..
Malam ni Nur dapat jemputan daripada sahabat Nur..
Subhanallah,Allah permudahkan urusan sahabat Nur,baru je dia bertunang bulan lepas,tup2 malam tadi dia mesej Nur di fb..katanya akan berlangsungkan pernikahan bulan 11 nanti..
Seronok Nur dengar dia dah nak bernikah..
Dalam masa yang sama,alahai,,Nur rasa cemburu,,hee.. 

Bersangka baiklah dalam setiap keadaan.
Mungkin harini rezeki sahabat Nur,mudah2an rezeki Nur akan datang insyaALLAH.

Taktau kenapa rasa sedih bile dikhabarkan sahabat Nur sudah mahu bernikah,,huu. T_T
Alhamdulillah Allah hantar sahabat yang lain untuk tenangkan Nur..
Sahabat Nur berkata:"janganlah sedih,itu rezeki dia,Allah tahu apa yang terbaik untuk dia dan kita..tak perlu risau macam takde hari esok,masa depan kita ditangan Allah, kita buat perkara baik,jaga amal,jaga iman.insyaALLAH kita akn dpt yg baik2. doakan kebahagiaan kawan adik..insyaALLAH malaikat pun akan doakan kite"
Alhamdulillah..Allah tahu isi hati hambaNYA,,Allah bagi ketenangan melalui sahabat Nur..

Renungan untuk muslimin sekalian


Benarlah,kita harus yaqin lagi dan lagi kepada Allah..
Allah memang sudah atur kehidupan kita..
Mudah2an sahabat Nur yang mahu bernikah tue dipermudahkan oleh Allah.
Mudah2an kita semua juga dipermudahkan oleh Allah dalam segenap urusan,amin. 
Sekian..Wassalam.
 

Kahwin

Kahwin..
Sebuah tajuk yang Nur dapat rasakan,semua rasa syok dengan tajuk ni,termasuk Nur sendiri..hee.. ^_^

Sampai masa,seseorang itu dengan fitrahnya ingin hidup berpasangan,kan?
Nur juga begitu,doakan Nur cepat2 kahwin ye.. :)

Nur nak bangkitkan suatu hal yang agak 'hangat' di masa kini.
"Couple kehulu kehilir,semua senyap ja,seolah2 depa tak buat dosa"
"Kalau nak nikah,semua protes,alasan?muda la,xmatang la"

Nur rasa  'panas hati' sebab maksiat dibiarkan begitu saja,tetapi perkara yg halal dilarang

Sebahagian pasangan yang ibubapanya tak benarkan bernikah,mereka melepaskan nafsu mereka secara tidak halal,,kerana itulah terjadi zina dan sebagainya..Na'uzubillah

Nur bukan nak tunjuk pandai dan sebagainya,sebagai insan dhoif lagi faqir,Nur nak cadangkan pada ibu dan ayah..
Kalau anak desak nak kahwin,mula2 nasihatilah dia dulu,seandainya masih nak jugak bernikah,serahkanlah ia pada lelaki yang boleh membawa anakmu ke syurga insyaALLAH..

Nur faham,ibuayah sayang dan kasihkan anak masing2,berat utk lepaskan.
tapi sanggupkah ibu ayah juga menerima saham dosa pabila mereka buat perkara maksiat?
Sebaiknya lepaskan mereka ke jalan yg halal,ibuayah juga dapat pahala insyaALLAH..
mereka muda,tak layak kahwin?ibuayah mainkan peranan bimbing mereka jadi pasangan yang matang dalam segala hal. 

Semua teringin kan camni?hehe.. ^_^


Nur tak salahkan ibuayah 100% bila mereka buat maksiat..
Adiq2 dan kakak2 sekalian,kita juga perlu usaha menjaga iman&taqwa kita.
Sekiranya tak dapat berkahwin,maka berpuasalah,,tahanlah nafsumu..
Sanggupkah kamu keluar berfoya2 dengan bf mahupun gf,sedangkan ibuayah dirumah juga dapat saham dosa yang kamu lakukan?
Astaghfirullah..
Kawallah pergaulan..

Nur berikan nasihat bukan bererti Nur baik sangat,tak!
tapi sama2 kita beri peringatan.

Ibuayah&anak2 perlu saling berbincang,,cari jalan penyelesaian yang terbaik.
Adiq2,kakak2 kena ingat,,
Kita mahu bernikah bukan kerana dia hensem/cantik,bukan kerana harta dan sebagainya,,
tapi kerana Allah..

Nur pernah tengok satu statistik mengatakan siapa yang kahwin muda,yang akan cepat cerai.
Tidak akan berlaku seandainya kamu bernikah kerana agama Allah..

Kalau bernikah sebab hensem/cantik,tiba2 pasangan kamu terkena air panas,haa,,dah terus xsuke,,huu,,dan2 nak cerai sebab xkacak dah..adoyai,,huu
Kalau bernikah sebab hartanya menimbun,tetiba suami kamu jadi papa kedana,dah gaduh2 minta cerai sebab duit dah xde..hee..astaghfirullah.

Tapi kalau kamu bernikah kerana Allah,kerana agama,kamu akan menerima kebaikan&kekurangannya,,hidup saling melengkapi..

Kesimpulan,Nur harap ada perbincangan ibuayah dan anak2..
Ibuayah,jangan keras sangat dengan anak2
Adik2,kakak2 jangan cepat melatah bile ibuayah tak benarkan,bincang baik2,istikharah dulu,jangan pilih pasangan kerana NAFSU!.

Sayang semua kerana Allah..

Nur minta maaf kalau ade tersinggung hati dengan ayat2 Nur tersebut
Nur hanya insan dhoif lagi faqir.. 
Sekian,,Wassalam.. 

                https://www.youtube.com/watch?v=CU2_VEiZbr4