Tuesday 27 August 2013

Duhai hati yang sedih:-(

Disaat diri dibelenggu masalah,
Allah peneman kita...

Tetapi fitrah kita sebagai manusia,gemar meluahkan masalah pd orang lain..

Ya,tiada salahnya kita meluahkan,kemungkinan mampu kurangkan beban kita..
Tapi berpada-padalah luahkan segala masalah pd orang lain..
Kerana manusia ada hadnya,
Sehari dua mungkin si dia mampu dengar luahan kita..
Jikalau hari2 kita luahkan,agak2 si dia akan jemu tak??
Kemungkinan terbit rasa bosan nak dengar masalah kita..

Kita sibuk luahkan pada manusia,sehingga terlupa Allah ada sentiasa disisi kita..
Allah Maha Mendengar..
Allah tak pernah jemu dengar luahan kita,
Kerana Dia pencipta kita..
Kerana Dia yg cipta ujian/masalah utk kita,
Dan Allah jualah yg meleraikan masalah kita..

Allah ya Rahman..Allah ya Rahim..
Sebesar manapun ujian yg kamu tanggung,pasti dan pasti Allah akan selesaikan masalah kita..

Sabar itu tiada hadnya..
Makin kita bersabar,bermakna makin tebal keimanan kita.
Mudah2ab Allah mengurniakan pahala atas ujian yg Allah beri pd kita
Allah Maha Penyayang wahai teman2 sekalian.

>>>Doakan Nur diberi kekuatan menghadapi ujian yg Allah beri ini..:-)

Monday 26 August 2013

Pemuda yg cintakan Allah&Rasulullah

Baru ini saya iktikaf bersama kawan-kawan jumaat, sabtu, ahad.Paling menakjubkan seorang anak muda dalam pukul 3.30 pagi sedang solat tahajud. Bila saya tengok dekat anak muda yang akan bernikah paginya.

Anak muda ini umur 21 tahun. Belajar kejuruteraan di France. Dia sangat kuat buat dakwah. Spm straight A.. Dia ceritakan usaha dakwah di perancis sangat kuat.

Malam pertama selepas nikah dan kenduri hari itu dia iktikaf lagi bersama kami malam tu.

Subhanallah 6 orang sahabat lelaki saya kahwin dalan syawal ini. Semuanya muda-muda lagi dan paling muda umur 21 lelaki. Semoga Allah berkati mereka dengan kebahagiaan dan jadikan asbab hidayah untuk umat seluruh alam sampai kiamat seperti perkahwinan Nabi saw dalam syawal ini.

Wahai suami, pesanlah pada isteri di malam pertama.

Terima kasih Allah beri isteri yang cantik dan baik seperti awak.

Allah sangat menyayangi kita. Dialah tuhan kita yang telah beri segalanya. Dialah tujuan hidup kita. Saya nak bersama awak dalam dunia, dan dalam syurga buat selamanya.

Marilah kita hidupkan perintah Allah dan sunnah Nabi dalam keluarga kita. Kita dahulukan perintah Allah dan Nabi saw lebih dari keperluan lain walaupun nyawa kita.

Dakwah kerja utama saya dan awak. Maksud kita kahwin untuk semakin dekat dengan Allah dan bersama dalam kerja dakwah.

Kita niat dapat anak ramai-ramai dan pesan pada mereka. Kamu hanya akan berjaya jika ikut Nabi saw. Kamu dihantar untuk hidupkan islam di seluruh dunia. Kita akan bersama dalam syurga selamanya jika kita jalankan dakwah seperti Nabi saw dan sahabah jalankan dakwah.

Bila kita tinggal kerja dakwah, kita akan dihina, kita tidak faham Al-Quran, kita telah menzalimi semua orang termasuk orang bukan Islam sebelum mereka menzalimi kita.

Saya sayang awak kerana Allah dan sampai syurga. Terima kasih Allah beri saya isteri sebaik dan secantik, penuh kebaikan. Pasti besar tujuan Allah temukan kita. Jika saya mati ketika berjuang teruskan perjuangan ini bersama anak-anak supaya kita bersama dalam syurga hendaknya.

Semuanya telah tertulis dalam ketentuan Allah sebelum kita lahir

Perkongsian daripada ustaz ebit lew

Kisah benar pemuda yg dirahmati dan diberkati Allah,insyaAllah :)  

Monday 5 August 2013

Ramadhan yg berbaki..

Assalamualaikum sahabat2 Nur sekalian..moga dalam keadaan sehat insyaAllah..
Agak lama juga Nur berblog..
Alhamdulillah petang ni Allah beri masa rehat sebentar.
Petang ramadhan yg berkat ni insyaAllah Nur ingin kongsikan nasehat,terutama utk Nur dan juga sahabat2 Nur sekalian
RAMADHAN YG MASIH BERBAKI?
Alhamdulillah Allah masih bagi kita peluang merasai kenikmatan bulan Ramadhan yg penuh rahmah,berkat dan maghfirahNya..
Sekarang ni,masih berbaki 2hari lagi..mudah2an sempat hingga ke penghujung ramadhan dan bulan2 seterusnya insyaAllah..
Nur faham,sekarang semua pakat sibuk buat persiapan utk hari raya,termasuk Nur yg faqir juga ni..
Tapi kita sebagai hamba Allah,seharusnya menghargai sisa2 Ramadhan yg masih ada..
Jangan sampai sibuk sangat kacau dodol,bakar lemang,anyam ketupat sehingga kita tinggal perintahNya yg wajib..Nauzubillah..
Utamakan suruhan Allah
Kita seharusnya teruskan amal2 yg dilakukan sejak 1 ramadhan lagi..iaitu tarawih..hujung2 bulan ramadhan ni lah kita jangan tinggal tarawih,berqiamullail dan sebagainya
Ingat wahai teman2,amalan sunat yg dilakukan pd bulan mulia ni,pahalanya seperti amalan yg wajib..
Ayuh..bangun!!korbankan diri..buat amal sebaik mungkin,ayuh istiqamah amal2 baik ni di bulan yg seterusnya..
Rugilah kalau kita keluar daripada madrasah ramadhan ni,yg dapat hanya penat dahaga dan lapar..
Kesempatan ni,Nur juga ingin mengucapkan Selamat Eidulfitri..
Bersederhanalah di hari raya nanti..
Moga kita beraya dengan penuh kesyukuran kepada Allah..
Mudah2an Allah terima amal kita pd bulan ramadhan..
Adik2 yg dapat duit raya,simpan elok2 naa duit tu..jangan bazir
Kakak,makcik2 yg comel belako,pakai baju jangan ketat2 ye,labuhkan tudung,pakai stokin&stongan..
Nanti pi rumah pakngah ke,maklang ke,sapa2 ke,check dlu naa,samada kamu boleh salam atau tidak dengan saudara kamu..
Salam ramadhan&Eidulfitri:-)