Wednesday 24 October 2012

c!NTa ALLaH&RasUL vS cinTA MAnus!a...^_^

Renungi perkataan 'CINTA' yang sebenar,,luangkan masa untuk mengenali cinta...
Boleh antum bezakan antara cinta 'HAKIKI' dengan cinta 'SEMENTARA'
FITRAH CINTA DATANG DARI SIAPA???SEMESTINYA PENCIPTA KITA,ALLAH YA KHALIQ......
Bermakna kita harus fahami&hargai cinta Allah dahulu...^_"...
 
Apa tanda2 kita sedang mengejar cinta Allah?? 
 Antaranya,kita perlulah kerap menghadirkan diri pd Allah...Selain menunaikan kewajipan sebagai HAMBA,hendaklah kita ringan-ringankan diri bertahajud&bermunajat pd Allah....Kukuhkan cinta kita pd RABB sebelum memberikan sedikit cinta kita pd Manusia...Cinta pd Allah pasti DIA akan membalas dengan kejayaan,ketenangan,kebahagiaan,,malahan akan mendapat ganjaran dariNYA...tetapi...CINTA MANUSIA???tidak akan mendapat kebahagiaan,ganjaran pahala dariNYA melainkan bersandarkan cinta itu kepada Allah..
Berilah perasaan cinta pd sesiapapun,tapi..PASTIKAN cinta itu semata-mata ingin mendapat keredhaan Allah..Redha Allah adalah segala-galanya,sia-sia hidup tanpa redhaNYA,,
PUCUK PANGKAL,CINTA ALLAH,...<3 <3 <3

CINTA RASUL...
Ramai yg berkata-kata..:"ana cintakan Rasulullah,ana rindu pd insan mulia ini,,ana teringin nak jumpa"...tapi adakah kita buktikan cinta kita pada Nabi S.A.W???...ada kita amalkan sunnahnya??...Nak dapat syafaat dari Nabi S.A.W,hendaklah kita lakukan sunnah-sunnahnya,buat selagi mampu,dalam sunnah ada kejayaan,,buktikan cinta kita pd Rasulullah...lazimkan diri berselawat,,Sollu A'lan Nabiy,,,besar gnjarannya,,rajin2kan diri mendalami sirah Nabi S.A.W...kite perlu kenal siapa Nabi kite,isteri2 Nabi,Para sahabat,,moga kita mendapat iktibar darinya,insyaALLAH..


CINTA ITU FITRAH...
Bagaimana kita nak hargai fitrah ini??
Pasti kita sebagai Muslim tidak dapat lari dari fitrah yang Allah anugerahkan ini..Lalu niatkan lah fitrah itu untuk terus menghampirkan diri padaNYA,bukan makin jauh dari landasanNYA..Antum cinta lah sesiapapun,tapi PASTIKAN cinta itu memudahkan kita utk menemui jalan cinta Allah....
Remaja kini pasti tidak terpisah dengan perasaan cinta antara muslimin&muslimat kan?? 
Kali ini ana ingin ketengahkan isu yang sedang heboh bak 'pisang goreng panas'di masa kini..
Boleh je kalau antum nk bercinta...niatlah kerana Allah..tetapi kalau tiada niat nak bina Baitul Muslim,,lupakan saje niat nak bercinta,,sudah pasti cinta itu kerana hawa nafsu yg rakus....


CINTA PERLUKAN PENGORBANAN..
Cinta memamg perlukan pengorbanan,,bukan sekadar merasai nikmatnya..
Nak bercinta??sebelum itu,seharusnya antum kekang hawa nafsumu sebelum digelar pasangan Halal..
Tidak perlu bercintan-cintun bertahun2 lamanya,,,kerana apa??antum tidak akan mengenali pakwe/awex mu,,kerana dirimu tidak akan kenal sifat dia yg benar,,hanya kenal tipu helahnya sahaja,,,
Tidak perlu bercinta sebelum berkahwin,,cukup berta'aruf sekadarnya sahaja,,teruskanlah pd cara2 yang mengikut syariat islam,,iaitu,MERISIK..selepas itu,tidak perlu panjang2kan tali pertunangan,,,percepatkan ikatan yg halal.."NIKAH"....^_~
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:Rahsiakan pertunangan,iklankan(maklumkan)perkahwinan
(Hadith Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair R.A ,disahihkan oleh Al-Albani di dalam Irwa' Al Ghalil..)

TANDA MENCINTAI SESEORANG KERANA ALLAH...
~Mendoakan kebahagiannya dunia wa akhirah..
Perlu ingat,mencintai seseorang bukan bererti kita pasti memilikinya...
Sesungguhnya lahir perasaan cinta bukan bererti kita pasti memilikinya,,kerana perasaan itu wujud atas kurniaan Ilahi..mungkin perasaan itu hadir sebagai UJIAN dari Allah..
Jika ditakdirkan 'si dia' jodoh kita,maka syukurlah...jika sebaliknya berlaku atas kehendakNYA,,redhailah dan terus mendoakan kebahagiannya...
Mungkin Allah nak beri kita pasangan yg lebih terbaik,dan barangkali kita bukan jodoh yg terbaik utk 'si dia'...
Inilah tanda-tanda cinta yg sebenar kerana Allah,,jika sebaliknya berlaku,,renung2kan semula,mungkin kerana hawa nafsu semata-mata..Na'uzubillahi min zalik..

TIKA CINTA HADIR DALAM DIRIMU,,,
KETIKA CINTA MENYAPA,usah silau dengan keindahannya,,tapi LIHATLAH!!.Apakah cinta itu mendekatkan diri kita pada Pencipta cinta,Allah..??Cintailah kerana agama yg ada padanya,insyaALLAH akn bertemu dengan kebahagiaan,ketenangan dari Allah..
Cintailah kerana kekurangannya,kerana kelak pasti kamu akan temui kebahagiaan dengan kelebihannya,,janganlah pula kamu mencintainya kerana kelebihannya,pasti akan merasa kecewa jika temui kekurangannya,,

KHAS UNTUK KAUM ADAM.....
Wahai Para Muslimin,,jika antum kasih&cintakan si fulanah itu kerana Allah,,Bawalah dia ke jalan Allah,,nasihatilah dia,perbetulkan kesilapannya....janganlah sesekali bawa dia ke lembah maksiat!!cintailah dia dengan ikatan yang HALAL,,'NIKAH'....Jadilah imam terbaik untuknya,moga Dia menunggumu sebagai bidadari di Syurga,insyaALLAH,AMIN...




 RENUNGAN UTK PARA MUSLIMAH YG KU SAYANGI.....
Janganlah kamu risau menunggu siapa gerangan jodohmu,,kerana muslimin yg bijaksana tidak akn terpaut pd wanita yg hanya utamakan kecantikan,,lirikan senyuman,bicara manja yg mampu meruntuhkan iman kaum lelaki...Telah tercatat seungkap nama di 'Luh Mahfuz' untukmu,,perbaiki amalmu,akhlakmu,peribadimu,agamamu,,..



NUKILAN USTAZ AZHAR..








NUKILAN USTAZAH NOOR BAHYAH...^_^


 Cinta itu indah andai bertemankan IMAN...,,
Cinta itu musnah andai bertemankan NAFSU...
Cinta itu indah andai syariat DIPATUHI..,,
Cinta itu musnah andai batasan DILANGGARI..
Cinta itu indah andai ibubapa MERESTUI,,
Cinta itu musnah andai restu DIPINGGIRI...
Cinta itu indah andai dipelihara hingga ke SYURGA,,
Cinta itu musnah andai tersungkur ke dalam NERAKA... 


Akhir Kalam,....,,
~Jadikan cinta Allah yg pertama&terakhir,,jika cintaNYA terpahat di lubuk hati,,pasti Allah hadirkan untuk kita,insan yg mencintai kita kerana Allah.. 
~Jangan bercinta yg hanya bertemankan nafsu,,kebahagiaan akan hadir seperti angin lalu sahaja,,manakala kekecewaan dan kehinaan akan terpahat di sanubari,,..
~Andai bercinta kerana Allah,syariat dipatuhi..semestinya bermula dengan kepahitan(bermujahadah),,tidak lama kemudian pasti antum akan temui keindahannya..
~Cinta Allah manis&indah,,^_~
~ Cinta manusia kerana Rabb,,akan temui kemanisan&keindahan andai bertemankan rasa IMAN&TAQWA pd Allah..
~Wahai sahabat,,Jom KEjar CInta Allah...!!
~Entry ketiga ana,mengharap mardhatillah...
 






No comments:

Post a Comment