Thursday 1 November 2012

Kenali HabibuLLAH....sOLLU a'LAN Nabiy....

Jom sahabat-sahabat fillah!!...jom kita kenal siapa Nabi kite,,,siapa kata kita tak ada kekasih??ada,,Rasulullah S.A.W,,<3 <3 <3...

Luangkan masa kita untuk mengenali Nabi Muhammad S.A.W..macam mane kita nak jumpa Nabi,sedangkan belum lengkap kita mengetahui biodata Insan Kamil nie....
Kalaulah kita boleh curi-curi masa selidik siapa artis ini,artis itu,,selidik siapa bakal suami kita,,apatah lagi Nabi Muhammad yang dah berkorban untuk umatNYA,,!..Artis yg kita kenal,pernah ke dia berkorban demi kita??,,dan belum tentu pasangan kita berhempas pula korbankan dirinya untuk kita,,Nabi S.A.W sudah tentu banyak lakukan pengorbanan terhadap Umatnya,,Nabi dihina,dicaci,dibaling batu,,dicampak padanya najis,,,Allah,Allah,,,besarnya jasa beliau pada kita,,,beliau lakukan kerana Rabbul Jalil,dan kenalilah dirinya juga untuk mencari jalan dekatkan diri padaNYA,,LILLAHI TA'ALA..

AYUH!!mulakan dengan BERSELAWAT!!,,ALLAHUMMA SOLLI A'LA MUHAMMADIN WA'ALA MUHAMMADIN WASALLIM...^_^


 BIODATA RASULULLAH S.A.W
  • NAMA :Muhammad Bin 'Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
  • TARIKH LAHIR :Subuh Isnin,12 Rabi'ulawal / 20 April 571M(dikenali sebagai tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Mekah)
  • TEMPAT LAHIR :di rumah Abu Talib,Makkah Al Mukarramah.
  • NAMA BAPA : 'Abdullah Bin 'Abdul Mutalib Bin Hashim
  • NAMA IBU : Aminah Binti Wahab Bin 'Abdul Manaf
  • PENGASUH PERTAMA : Barakah Al Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman,Hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W)
  • IBU SUSU PERTAMA : Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)
  • IBU SUSU KEDUA : Halimah Binti Abu Zuaib As Sa'diah(lebih dikenali Halimah As Sa'diah,,suaminya bernama Abu Kabsyah) 
Sejarah Ringkas Rasulullah S.A.W...buat permulaan,kita kenal sikit2 dulu yew,,dh faham,baru kite boleh belajar sejarah-sejarah yg lebih mendalam...
  • Usia 5 Tahun :::: peristiwa pembelahan dada Rasulullah yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya..
  • Usia 6 Tahun ::::ibunya Aminah ditimpa sakit dan wafat di Al Abwa'(sebuah kampung yg terletak di antara Mekah & Madinah)....Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman & dibiayai oleh datuknya,Abdul Mutalib..
  • Usia 8 Tahun :::: datuknya Abdul Mutalib menyusuli pula,wafat,...Baginda dipelihari pula oleh bapa saudaranya,Abu Talib
  • Usia 9 Tahun ::::bersama bapa saudaranya,Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..,,di kota Busra,,negeri Syam,seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira)telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan pengutusan seorang Nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu..(sesetengah riwayat mengatakan tika usia 12 tahun )
  • Usia 20 Tahun ::::terlibat dalam peperangan Fijar..Ibnu Hisyam dalam kitab 'sirah',,jilid 1,halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu Baginda berusia 14-15 tahun..Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperana mengumpulkan anak-anak panah sahaja)...Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul' ;perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
  •  Usia 25 Tahun ::::bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwalid....perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah,orang suruhan Khadijah...Baginda bersama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru Bin Asad(bapa saudara Khadijah)untuk meminang Khadijah yang ketika itu berusia 40 tahun..mas kahwin:500 dirham
  • Usia 35 Tahun ::::banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah....pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah..Rasulullah diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul Aswad' ke tempat asal sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut... 
  • Usia 40 Tahun ::::Menerima wahyu di Gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi & Rasul akhir zaman..
  • Usia 53 Tahun ::::berhijrah ke Madinah Al Munawwarah,ditemani Abu Bakar As-Siddiq....sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabi'ulawal/24 September 622M..
  • Usia 63 Tahun ::::kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah pada Hari Isnin,12 Rabi'ulawal tahun 11H/8 Jun 632M               
                                                                               
  • Isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W             
  1. Khadijah Binti Khuwalid
  2. Saudah Binti Zam'ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar(anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah Binti Umar(anak Saidina Umar Al Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah(digelar Ummu Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah(digelar Ummu Al-Masakin,Ibu Orang Miskin)
  • Anak-anak Rasulullah S.A.W                                                                          
  1. Qasim 
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra..     
~Moga Allah redha,,Moga dengan asbab kite belajar sirah Nabi,InsyaAllah kite akan mendapat syafaat Nabi di akhirat cne...jgn brhenti takat ni je kwn2,,truskan mendalami sirah-sirah kekasih kita,amalkan sunnah-sunnahnya...
~Jika ada salah silap mengenai biodata insan kamil nie,,dipersilakan tegur ye..^_^....
~ana juga masih belajar,copy dari sahabat ana...sme2 kite belajar&memahami ye....