Tuesday 11 June 2013

Kahwin

Kahwin..
Sebuah tajuk yang Nur dapat rasakan,semua rasa syok dengan tajuk ni,termasuk Nur sendiri..hee.. ^_^

Sampai masa,seseorang itu dengan fitrahnya ingin hidup berpasangan,kan?
Nur juga begitu,doakan Nur cepat2 kahwin ye.. :)

Nur nak bangkitkan suatu hal yang agak 'hangat' di masa kini.
"Couple kehulu kehilir,semua senyap ja,seolah2 depa tak buat dosa"
"Kalau nak nikah,semua protes,alasan?muda la,xmatang la"

Nur rasa  'panas hati' sebab maksiat dibiarkan begitu saja,tetapi perkara yg halal dilarang

Sebahagian pasangan yang ibubapanya tak benarkan bernikah,mereka melepaskan nafsu mereka secara tidak halal,,kerana itulah terjadi zina dan sebagainya..Na'uzubillah

Nur bukan nak tunjuk pandai dan sebagainya,sebagai insan dhoif lagi faqir,Nur nak cadangkan pada ibu dan ayah..
Kalau anak desak nak kahwin,mula2 nasihatilah dia dulu,seandainya masih nak jugak bernikah,serahkanlah ia pada lelaki yang boleh membawa anakmu ke syurga insyaALLAH..

Nur faham,ibuayah sayang dan kasihkan anak masing2,berat utk lepaskan.
tapi sanggupkah ibu ayah juga menerima saham dosa pabila mereka buat perkara maksiat?
Sebaiknya lepaskan mereka ke jalan yg halal,ibuayah juga dapat pahala insyaALLAH..
mereka muda,tak layak kahwin?ibuayah mainkan peranan bimbing mereka jadi pasangan yang matang dalam segala hal. 

Semua teringin kan camni?hehe.. ^_^


Nur tak salahkan ibuayah 100% bila mereka buat maksiat..
Adiq2 dan kakak2 sekalian,kita juga perlu usaha menjaga iman&taqwa kita.
Sekiranya tak dapat berkahwin,maka berpuasalah,,tahanlah nafsumu..
Sanggupkah kamu keluar berfoya2 dengan bf mahupun gf,sedangkan ibuayah dirumah juga dapat saham dosa yang kamu lakukan?
Astaghfirullah..
Kawallah pergaulan..

Nur berikan nasihat bukan bererti Nur baik sangat,tak!
tapi sama2 kita beri peringatan.

Ibuayah&anak2 perlu saling berbincang,,cari jalan penyelesaian yang terbaik.
Adiq2,kakak2 kena ingat,,
Kita mahu bernikah bukan kerana dia hensem/cantik,bukan kerana harta dan sebagainya,,
tapi kerana Allah..

Nur pernah tengok satu statistik mengatakan siapa yang kahwin muda,yang akan cepat cerai.
Tidak akan berlaku seandainya kamu bernikah kerana agama Allah..

Kalau bernikah sebab hensem/cantik,tiba2 pasangan kamu terkena air panas,haa,,dah terus xsuke,,huu,,dan2 nak cerai sebab xkacak dah..adoyai,,huu
Kalau bernikah sebab hartanya menimbun,tetiba suami kamu jadi papa kedana,dah gaduh2 minta cerai sebab duit dah xde..hee..astaghfirullah.

Tapi kalau kamu bernikah kerana Allah,kerana agama,kamu akan menerima kebaikan&kekurangannya,,hidup saling melengkapi..

Kesimpulan,Nur harap ada perbincangan ibuayah dan anak2..
Ibuayah,jangan keras sangat dengan anak2
Adik2,kakak2 jangan cepat melatah bile ibuayah tak benarkan,bincang baik2,istikharah dulu,jangan pilih pasangan kerana NAFSU!.

Sayang semua kerana Allah..

Nur minta maaf kalau ade tersinggung hati dengan ayat2 Nur tersebut
Nur hanya insan dhoif lagi faqir.. 
Sekian,,Wassalam.. 

                https://www.youtube.com/watch?v=CU2_VEiZbr4                       
                                  

No comments:

Post a Comment