Assalamualaikum sahabat2 Nur sekalian :)
Moga semua sihat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. :)
Malam ni Nur nak kongsikan perkongsian dr guru Nur..Maulana Usamah :)
Jangan bosan baca,sahabat sekalian.
Mudah2an perkongsian ini menjadi asbab utk kita insaf atas kekhilafan dulu dan terus menjadi hamba Allah yg terbaik,yg ingin kembali pd Allah dalam keadaan husnul khatimah,amin.. :)
Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati,
Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?”
Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal
Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama
padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz
Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
-
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut
dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi
seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang
banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih
kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul
semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan
matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika
matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka
menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
-
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum
dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu
kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh
wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada
Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana
tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu
berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar
suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi
mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan
besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi
Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam
a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara
satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk
kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa
dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah
ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang
sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz
kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam
bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin
mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk
dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu
pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan
tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan
dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha
Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang
sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
mata. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti
angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan
dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang
yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999
orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al Fathani
No comments:
Post a Comment