Monday 26 August 2013

Pemuda yg cintakan Allah&Rasulullah

Baru ini saya iktikaf bersama kawan-kawan jumaat, sabtu, ahad.Paling menakjubkan seorang anak muda dalam pukul 3.30 pagi sedang solat tahajud. Bila saya tengok dekat anak muda yang akan bernikah paginya.

Anak muda ini umur 21 tahun. Belajar kejuruteraan di France. Dia sangat kuat buat dakwah. Spm straight A.. Dia ceritakan usaha dakwah di perancis sangat kuat.

Malam pertama selepas nikah dan kenduri hari itu dia iktikaf lagi bersama kami malam tu.

Subhanallah 6 orang sahabat lelaki saya kahwin dalan syawal ini. Semuanya muda-muda lagi dan paling muda umur 21 lelaki. Semoga Allah berkati mereka dengan kebahagiaan dan jadikan asbab hidayah untuk umat seluruh alam sampai kiamat seperti perkahwinan Nabi saw dalam syawal ini.

Wahai suami, pesanlah pada isteri di malam pertama.

Terima kasih Allah beri isteri yang cantik dan baik seperti awak.

Allah sangat menyayangi kita. Dialah tuhan kita yang telah beri segalanya. Dialah tujuan hidup kita. Saya nak bersama awak dalam dunia, dan dalam syurga buat selamanya.

Marilah kita hidupkan perintah Allah dan sunnah Nabi dalam keluarga kita. Kita dahulukan perintah Allah dan Nabi saw lebih dari keperluan lain walaupun nyawa kita.

Dakwah kerja utama saya dan awak. Maksud kita kahwin untuk semakin dekat dengan Allah dan bersama dalam kerja dakwah.

Kita niat dapat anak ramai-ramai dan pesan pada mereka. Kamu hanya akan berjaya jika ikut Nabi saw. Kamu dihantar untuk hidupkan islam di seluruh dunia. Kita akan bersama dalam syurga selamanya jika kita jalankan dakwah seperti Nabi saw dan sahabah jalankan dakwah.

Bila kita tinggal kerja dakwah, kita akan dihina, kita tidak faham Al-Quran, kita telah menzalimi semua orang termasuk orang bukan Islam sebelum mereka menzalimi kita.

Saya sayang awak kerana Allah dan sampai syurga. Terima kasih Allah beri saya isteri sebaik dan secantik, penuh kebaikan. Pasti besar tujuan Allah temukan kita. Jika saya mati ketika berjuang teruskan perjuangan ini bersama anak-anak supaya kita bersama dalam syurga hendaknya.

Semuanya telah tertulis dalam ketentuan Allah sebelum kita lahir

Perkongsian daripada ustaz ebit lew

Kisah benar pemuda yg dirahmati dan diberkati Allah,insyaAllah :)  

No comments:

Post a Comment